Thursday, January 13, 2011

* Selamat Tahun baru 2011

salam manis buat pengunjung,

sudah 2 minggu kita di tahun baru 2011. Belum terlambat kan, untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2011? Semoga tahun ini kita terus berada di bawah lindunganNya, dan mudah2an kita akan jadi hamba yang lebih bersyukur dan berterima kasih kepadaNya.


Tahun 2010 tahun miskin dgn update mengenai beading buat saya, tapi tidak bermakna tahun yang miskin dgn jahitan manik saya. Selepas dapat green light daripada si kecil saya, saya dapat juga menjahit manik buat mengisi keinginan hati. Cuma hasilnya tidak saya kongsi di sini kerana kekangan hal-hal lain, bisnes madu, hal buat dan deko kek, dan hal2 lain di rumah.

InsyaAllah, akan saya snap gambarnya (belum ambik gambar lagi!) dan paparkan di sini.

Monday, May 24, 2010

Lampu hijau untuk beading

hai...

Lampu untuk membeading sudah bertukar daripada merah ke hijau. Teka siapa kontrol lampu tu? Bukan encik suami, tapi si kecil manja saya.

Akhirnya, si manja saya dapat melihat mamanya membeading dan dapat juga memahami bahawa 'jangan' bermaksud 'jangan'.

Jadi, insyaAllah, projek2 tertunda saya akan diteruskan. Akan keluar juga persalinan-persalinan tua dari gerobok usang buat saya anyamkan manik-manik indah padanya, buat mengisi keinginan di sanubari untuk berkarya dengan manik.

Buat waktu ini, harapan saya ialah menyiapkan kurung tradisional putih buat menghadiri majlis pernikahan adinda ipar penghujung tahun nanti.

Jika ada permintaan daripada saudara dan teman2 rapat, beading simple insyaAllah akan dipenuhi, maklumlah, Aidilfitri bakal menjelma, dan saudara mara juga bakal menghadiri majlis pernikahan yang sama.

Semestinya, persalinan raya untuk diri sendiri dan anakanda-anakanda juga diharap sempat dianyamkan manik.

Habis Aidilfitri, baru mungkin dapat disampaikan hajat hati untuk menganyam manik di persalinan tua.. Sabarlah hati, gunung dikejar tak akan lari.

2010: Tahun sunyi?

Hai...

Ini ialah entri pertama untuk tahun 2010.

Tarikh hari ini: 25 Mei 2010.

I guess ini macam nak buat entri sebelum habis tahun lah kut :)

Apapun, sebenarnya, kesunyian ini memang tak dapat nak dielakkan. My littlest one baru aje dapat melihat mamanya menjahit manik dengan sedikit keamanan.

Saya memang dalam proses menjahit manik, projeknya boleh tahan besarlah, lebih2 lagi sbb saya jarang memanik, jadi projek ciput gini pun saya rasa besar.

projek 'besar' tu cuma baju sendiri aje, bukan besar mana pun, cuma designnye besar tapi bukanlah penuh.

Jahit manik ni atas baju kain polos warna putih, yang saya dah lama tempah tapi tak berjahit2 lagi maniknya. (hampir setahun sudah siap ditempah.) Niat asal, memang ditempah semata-mata untuk dijahit manik. Tiada keperluan spesifik untuk saya pakai baju itu, jadi, saya biarkan ia bersarang di dalam gerobok pakaian. Tapi kini, hampir ternampak keperluannya saya memakainya - buat menghadiri upacara pernikahan adinda ipar tersayang.

Projek bermula dengan mencari design yang serasa sesuai dan mungkin dapat direalisasikan. Design yang serasa sesuai ini saya lakarkan secara free-hand di bahagian depan baju. Design ini akan jadi simmetrikal, jadi saya sudahkan lukisan untuk sebelah badan saja dahulu, untuk melihat hasilnya, apakah 'menjadi' ataupun tidak. Kini, kedua-dua belah sudah siap, tapi belum dilengkapkan. Hasil yang asas sudah ada, kini masa untuk melengkapkan dan menampung kekurangan. Manik warna asas yang digunakan, asalnya 100 gram sudah tampak susut. Bermakna, modalnya sudah mencapai lebih RM 50, tapi itu baru dikira berdasarkan harga manik sahaja, sedangkan bahan lain termasuk labuci pelbagai saiz dan bentuk, manik warna-warna lain, acrylic stone dan pearls pelbagai saiz akan dan bakal digunakan. Semestinyalah pakaian yang dihiasi jahitan manik berharga mahal, tak kira samaada dibeli siap atau direka khas. Itu baru dikira dari segi kos barangan, belum dicampur dengan upah menjahit, upah mereka design, kualiti dan kehalusan hasilkerja dan lain-lain.

Mungkin inilah sebabnya saya tak sudah tidak sanggup mengambil upah menjahit manik. Saya tidak tahu apakah harga yang perlu diletak, kerana biasanya caj saya murah, tapi kerjanya lama.

Apapun, bersambung tentang projek baju putih sekarang, belum sekeping gambar pun saya ambil. Dan belum dipamerkan apakah hasilnya. Mungkin kerana banyak lagi yang perlu diperhalusi.

Masa menjahit sekarang sedikit terhad, kerana pelbagai hal yang perlu diselesaikan. Apapun, harapan saya, akan siaplah sepasang pakaian berjahit manik buat menghadiri upacara suci penyatuan dua hati.

Salam mesra,
Nida