Monday, May 24, 2010

2010: Tahun sunyi?

Hai...

Ini ialah entri pertama untuk tahun 2010.

Tarikh hari ini: 25 Mei 2010.

I guess ini macam nak buat entri sebelum habis tahun lah kut :)

Apapun, sebenarnya, kesunyian ini memang tak dapat nak dielakkan. My littlest one baru aje dapat melihat mamanya menjahit manik dengan sedikit keamanan.

Saya memang dalam proses menjahit manik, projeknya boleh tahan besarlah, lebih2 lagi sbb saya jarang memanik, jadi projek ciput gini pun saya rasa besar.

projek 'besar' tu cuma baju sendiri aje, bukan besar mana pun, cuma designnye besar tapi bukanlah penuh.

Jahit manik ni atas baju kain polos warna putih, yang saya dah lama tempah tapi tak berjahit2 lagi maniknya. (hampir setahun sudah siap ditempah.) Niat asal, memang ditempah semata-mata untuk dijahit manik. Tiada keperluan spesifik untuk saya pakai baju itu, jadi, saya biarkan ia bersarang di dalam gerobok pakaian. Tapi kini, hampir ternampak keperluannya saya memakainya - buat menghadiri upacara pernikahan adinda ipar tersayang.

Projek bermula dengan mencari design yang serasa sesuai dan mungkin dapat direalisasikan. Design yang serasa sesuai ini saya lakarkan secara free-hand di bahagian depan baju. Design ini akan jadi simmetrikal, jadi saya sudahkan lukisan untuk sebelah badan saja dahulu, untuk melihat hasilnya, apakah 'menjadi' ataupun tidak. Kini, kedua-dua belah sudah siap, tapi belum dilengkapkan. Hasil yang asas sudah ada, kini masa untuk melengkapkan dan menampung kekurangan. Manik warna asas yang digunakan, asalnya 100 gram sudah tampak susut. Bermakna, modalnya sudah mencapai lebih RM 50, tapi itu baru dikira berdasarkan harga manik sahaja, sedangkan bahan lain termasuk labuci pelbagai saiz dan bentuk, manik warna-warna lain, acrylic stone dan pearls pelbagai saiz akan dan bakal digunakan. Semestinyalah pakaian yang dihiasi jahitan manik berharga mahal, tak kira samaada dibeli siap atau direka khas. Itu baru dikira dari segi kos barangan, belum dicampur dengan upah menjahit, upah mereka design, kualiti dan kehalusan hasilkerja dan lain-lain.

Mungkin inilah sebabnya saya tak sudah tidak sanggup mengambil upah menjahit manik. Saya tidak tahu apakah harga yang perlu diletak, kerana biasanya caj saya murah, tapi kerjanya lama.

Apapun, bersambung tentang projek baju putih sekarang, belum sekeping gambar pun saya ambil. Dan belum dipamerkan apakah hasilnya. Mungkin kerana banyak lagi yang perlu diperhalusi.

Masa menjahit sekarang sedikit terhad, kerana pelbagai hal yang perlu diselesaikan. Apapun, harapan saya, akan siaplah sepasang pakaian berjahit manik buat menghadiri upacara suci penyatuan dua hati.

Salam mesra,
Nida

No comments:

Post a Comment